Kata Sendi Nama
Kata sendi ialah satu kata tugas yang boleh membentuk frasa dalam bahasa Melayu.
Kata tugas lain tidak membentuk frasa
Kata tugas digunaan sebelum kata nama dna frasa nama.
Kata sendi nama pula mempunyai pelbagai tugas.
Lihat contoh-contoh di bawah
Sendi Nama | Tugas/contoh |
di | Menunjukkan tempat (di pejabat) Menunjukan perbuatan (dipukul, dicuci) |
ke | Menunjukkan tempat atau arah tujuan (ke Indonesia) Menunjukkan waktu (dari petang hingga ke malam) |
dari | Menunjukkan tempat atu arah datang Menunjukkan waktu atau masa |
kepada | Menunjukkan sasaran/ditujukan Menunjukkan bahagian sesuatu Menunjukkan perubahan keadaan |
daripada | Menunjukkan punca (cadangan daripada Perdana Menteri) Menunjukkan sumber atau asal sesuatu (dibuat daripada bunga) Menunjukkan perbandingan (lebih banyak daripada) |
pada | Menunjukkan tempat sesuatu perbuatan (Layang-layang tersangut pada arial televisyen) Menunjukkan tempat tempat terdapatnya sesuatu (barang itu ada pada saya) Menunjukkan keterangan waktu ((bermula pada tengah malam) |
untuk | Menunjukkan kegunaan sesuatu (alat untuk membuka pintu) Menunjukkan sesuatu telah dikhaskan (pelamin itu untuk mempelai sahaja) |
bagi | Menunjukkan kegunaan sesuatu (kegunaan tuas bagi mengangkat kubah masjid) Derma bagi pelarian Afghanisatn itu dilarikan orang. |
demi | menunjukkan tujuan menunjukkan urutan Untuk menegaskan sesuatu |
tentang | Menunjukkan rujukan |
dengan | Menunjukkan turut serta Menunjukkan cara sesuatu perbuatan dilakaukan Menunjukkan benda yang digunakan Menunjukkan persamaan |
sejak, semenjak | Menjadi penanda waktu atau masa |
terhadap | Menunjukkan rujukan yang tentu |
oleh | Menunjukkan pembuat dalam ayat pasif Menunjukkan sebab |
akan | Menunjukkan rujukan selepas kata atau frasa adjektif |
hingga, sampai | Menunjukkan had masa atau peringkat |
seperti, bagai, umpama, laksana, bak | Menunjukkan perbandingan |
Kata Sendi yang lain :
bagi hingga oleh
untuk sampai akan
demi dalam tentang
dengan bagai terhadap
sejak seperti
KATA GANDA
Kata ganda ialah kata yang terhasil atau terbentuk daripada kata yang digandakan atau diulang sama ada sebahagian atau keseluruhannya.
Kata gandi terbahagi kepada empat bentuk seperti yang berikut:-
a) Kata ganda seluruh c) Kata ganda bersajak
b) Kata ganda separa d) Kata ganda berimbuhan
Kata Ganda Seluruh |
Kata ganda seluruh terhasil atau terbentuk daripada kata dasar yang digandakan sluruhnya. Kata ganda ini diberi tanda sempang ( - )
Kata ganda seluruh terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:-
Kata Dasar | Kelas Kata | Kata Ganda Seluruh |
jam jalan | kata nama kata nama | jam-jam jalan-jalan |
pemberita soalan | Kata nama terbitan kata nama terbitan | pemberita-pemberita soalan-soalan |
mana apa | kata tanya kata tanya | mana-mana apa-apa |
comel kasar | kata adjektif kata adjektif | comel-comel kasar-kasar |
duduk baring | kata kerja kata kerja | duduk-duduk baring-baring |
awal jarang | kata keterangan kata keterangan | awal-awal jarang-jarang |
Contoh penggunaan kata ganda seluruh dalam ayat:
1. Kura-kura dapat hidup di darat atau di dalam air.
2. Pahlawan itu handal-handal belaka.
3. Buku yang dibelinya tebal-tebal belaka.
4. Undang-undang perlu kita patuhi.
5. Layang-layang itu terbang tinggi di angkasa.
Senarai kata ganda seluruh mengikut kelas kata.
A. Kata Ganda Seluruh (Kata Nama)
Contoh:
gado-gado kunang-kunang
berang-berang kupu-kupu
beri-beri ubur-ubur
B. Kata Ganda Seluruh (Kata Adjektif)
Contoh:
hitam-hitam muda-muda
kaya-kaya indah-indah
jinak-jinak gagah-gagah
C. Kata Ganda Seluruh (Kata Kerja)
Contoh:
main-main pulang-pulang
marah-matah duduk-duduk
Contoh:
kadang-kadang terang-terang
kalau-kalau masak-masak
kira-kira laju-laju
Kata ganda seluruh ada yang menyatakan maksud tunggal dan ada yang menyatakan maksud bilangan banyak/jamak.
Perhatikan penerangan yang berikut:-
A. Kata Ganda Seluruh (maksud bilangan tunggal)
Contoh:
agar-agar onde-onde
ampai-ampai ilam-ilam
amung-amung biri-biri
B. Kata Ganda Seluruh (maksud bilangan banyak)
Contoh:
sahabat-sahabat rajah-rajah
pintar-pintar jari-jari
lesen-lesen kedai-kedai
Yang berikut ialah senarai beberapa kata ganda seluruh.
abang-abang ajak-ajak akhir-akhir akan-akan anak-anak angan-angan apa-apa awal-awal bagus-bagus baik-baik bakul-bakul banyak-banyak barang-barang besar-besar buah-buah bulat-bulat cantik-cantik cara-cara carik-carik cepat-cepat cita-cita curi-curi condong-condong cuba-cuba dalam-dalam daun-daun dekat-dekat dengar-dengar dewa-dewa diam-diam duduk-duduk egen-egen ejek-ejek elok-elok enak-enak entah-entah ensot-ensot epok-epok erat-erat faham-faham faedah-faedah fakta-fakta fasih-fasih fatwa-fatwa fiil-fiil filem-filem firman-firman gadis-gadis gado-gado garang-garang ganas-ganas gemuk-gemuk gila-gila gula-gula guru-guru halus-halus | handal-handal hangat-hangat harta-harta harum-harum hati-hati hidup-hidup hitam-hitam ibu-ibu iklan-iklan iras-iras ingat-ingat indah-indah isi-isi isteri-isteri jahat-jahat jalan-jalan jamu-jamu jarang-jarang jari-jari jaring-jaring jauh-jauh jelik-jelik kaki-kaki ketuk-ketuk kawan-kawan kuat-kuat kuda-kuda kuning-kuning kura-kura kurus-kurus lagi-lagi lagu-lagu lain-lain laju-laju lancar-lancar liat-liat layu-layu lebam-lebam main-main makan-makan marah-marah masam-masam mati-mati mula-mula muntah-muntah musuh-musuh nama-nama naga-naga nakal-nakal negeri-negeri nilai-nilai nipis-nipis nyaris-nyaris nyiru-nyiru obor-obor ole-ole | olok-olok onak-onak onde-onde oneng-oneng orang-orang otot-otot pahit-pahit paku-paku paru-paru pihak-pihak pijat-pijat pintu-pintu puak-puak puas-puas ragu-ragu rajin-rajin raja-raja rajah-rajah rakan-rakan rapat-rapat rata-rata rumah-rumah saat-saat sahabat-sahabat samar-samar sesak-sesak sudu-sudu suka-suka sukar-sukar susah-susah tajam-tajam tamu-tamu teknik-teknik teman-teman terang-terang tiket-tiket tin-tin tinggi-tinggi ubi-ubi udang-udang ulama-ulama ulat-ulat undang-undang ura-ura uri-uri unsur-unsur wabak-wabak wajah-wajah wakil-wakil waktu-waktu wali-wali wang-wang wangi-wangi warung-warung |
Dari segi ejaan atau penulisan, kata ganda seluruh mestilah dibubuh tanda sempang ( - ).
Contoh:
Anak-anak pelajar-pelajar cawan-cawan
Frasa setara tidak boleh diulang atau digandakan sama ada sebahagian atau keseluruhannya untuk menyatakan maksud jamak (bilangan banyak).
Contoh:
1.a) Ibu-ibu bapa (X)
b) Ibu bapa (√)
2.a) Pinggan-pinggan mangkuk. (X)
b) Pinggan mangkuk (√)
· Kata ganda yang sudah bermakna jamak oleh sebab penggandaan, maka kata ganda itu tidak boleh disertai kata bilangan.
Contoh:
1.a) Tiga biji gelas-gelas itu telah retak. (X)
b) Gelas-gelas itu telah retak. (√)
c) Tiga biji gelas itu telah retak. (√)
· Dalam binaan ayat, sekiranya kata ganda seluruh yang terdiri daripada kelas kata adjektif telah sedia membawa makna jamak, maka kata nama yang diterangkan oleh kata adjektif itu tidak boleh digandakan lagi.
Contoh:
1.a) Gelas-gelas minuman itu cantik-cantik belaka. (X)
b) Gelas minuman itu cantik-cantik belaka (√)
· Kata bilangan boleh digunakan kepada kata ganda seluruh yang menyatakan makna tunggal.
Contoh:
1. Tiga ekor rama-rama.
2. Empat orang kanak-kanak itu cacat penglihatan.
Kata Ganda Separa |
Kata ganda separa terbentuk daripada kelas kata nama sahaja. Perhatikan contoh di bawah ini:-
Kata Dasar | Kelas Kata | Kata Ganda Separa |
kunyit tulang riang sendi lada | kata nama kata nama kata nama kata nama kata nama | kukunyit tetulang reriang sesendi lelada |
Contoh penggunan kata ganda separa dalam ayat:
1. Kekotak itu disusun dengan rapi sekali.
2. Peparu wanita itu berair.
3. Bebuluh itu dibelah un tuk dibuat lantai rumah.
4. Ibu suka makan bebotok.
5. Laluan masuk ke gua batu itu dipenuhi dengan sarang lelabah.
Senarai Kata Ganda Separa.
balang-balang = bebalang
bendul-bendul = bebendul
beras-beras = beberas
bibir-bibir = bebibir
gelung-gelung = gegelung
jamu-jamu = jejamu
juang-juang = jejuang
buluh-buluh = bebuluh
kunci-kunci = kekunci
sendal-sendal = sesendal
gasing-gasing = gegasing
dawai-dawai = dedawai
Kata ganda separa ada yang menyatakan maksud tunggal dan ada yang menyatakan maksud bilangan banyak/jamak.Perhatikan penerangan yang berikut.
A. Kata Ganda Separa (maksud bilangan tunggal)
Contoh:
oneng-oneng tetamu
kekuda tetulang
jejentik sesiku
B. Kata ganda separa (maksud bilangan jamak/banyak)
Contoh:
lelada dedahan
kekotak jejari
Senarai Kata Ganda Separa.
bebalai bebarau bebawang bebenang bebola bebotok bebuli bebuluh cecair cecawi cecekak dedali dedalu dedamak dedaru dedawai dedaun dedaup gegasing gegendang jejaka jejala jejamong jejamu | jejari jejawi jejentik jejuang kekabu kekacang kekapas kekara kekepuk kekili kekisi kekunci lelabah lelabu lelabi lelada lelaki lelayang leletup lelumba memaya pepanggil peparu pepejal | peperam pepenjuru pepijat pepuyu rerambut reriang reribu reruku sesagin sesekat sesendal sesendi sesentih sesiku sesumpit sesungut tetamu tetangga tetuang tetuban tetulang tetupai tetambak tetingkat |
· Dalam penulisan, kata ganda separa tidak memerlukan tanda sempang ( - ).
Contoh:
le-laki (X) ke-kura (X)
lelaki (√) kekura (√)
· Kata bilangan tidak boleh digunakan kepada kata ganda separa yang telah sedia membawa makna jamak.
Contoh:
1.a) Beberapa helai dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (X)
b) Dedaun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (√)
c) Beberapa helai daun kering itu diterbangkan oleh angin ke udara. (√)
· Kata bilangan boleh digunakan kepada kata ganda separa yang menyertakan makna tunggal atau satu.
Contoh:
1. Tiga ekor lelabi itu mati di dalam air sungai yang telah tercemar itu.
2. Lima ekor pepijat merayap di atas tilamnya.
|
Kata Ganda Bersajak/Berima
Kata ganda bersajak ialah kata ganda yang mengalami perubahan bunyi dengan memberikan kata gandaan yang berbeza daripada kata dasarnya.
Kata ganda bersajak ini diberi tanda sempang ( - ).
Contoh penggunaan kata ganda bersajak/berima dalam ayat:
1. Mereka beroleh batu-batan itu dari bukit yang berhampiran.
2. Desas-desus mengatakan bahawa pengarah syarikat itu akan meletakkan jawatannya dalam syarikat
berkenaan.
3. Mulut Tok bomoh itu kumat-kamit membaca jampi serapah.
4. Pihak berkuasa terus memburu saki-baki komunis yang masih bersembunyi di dalam hutan di
negara ini.
5. Dalam keadaan kelam-kabut itu ayah terlupa untuk membawa telefon bimbitnya.
Senarai kata ganda bersajak/berima.
A. Kata ganda bersajak (kata nama)
Contoh:
anak-pinak gunung-ganang
awan-gemawan sayur-mayur
lauk-pauk rempah-ratus
B. Kata ganda bersajak (kata adjektif)
Contoh:
gilang-gemilang lekak-lekuk
kusut-masai porak-peranda
segar-bugar ramah-tamah
C. Kata ganda bersajak (kata kerja)
Contoh:
bolak-balik ayun-temayun
corat-coret huru-hara
kacau-bilau kicak-kicau
D. Kata ganda bersajak (kata keterangan)
Contoh:
lambat-laun pontang-panting
lintang-kedak serta-merta
Senarai Kata Ganda Berima.
adai-badai alai-balai alai-belai anak-pinak aram-temaram awan-gemawan ayun-temayun basa-basi batu-batan becang-becak bedil-bedal belat-belit bengkak-bengkil bongkar-bangkir bukit-bukau calar-balar carut-marut cebar-cebur celam-celum celas-celus celengkak-celengkok celorong-celoreng cirit-birit desas-desus dayung-mayung degap-degup dengkang-dengkol dentam-dentum deram-derum desas-desus dolak-dalik engkap-rengkap erang-erot gembar-gembur gerak-geri gilang-gemilang golang-golek gual-guil gulung-gemulung gundah-gulana gunung-ganang | halai-balai hancur-mumur haru-biru herot-merot hilang-pintang hingar-bingar huru-hara huyung-hayang inca-binca incang-incut inggang-inggung jangkih-mangkih jendal-jendul jengkang-jengkot jerah-jerih jongkang-jongket jongkar-jongkir julur-jalar kalang-kabut kalut-malut kasak-kisik kebas-kebus kecuh-kecah keluh-kesah kerak-keruk keriang-keriut lekuh-lekah lempang-lempung lentam-lentum liang-liuk licin-licau lintang-pukang lopak-lapik luntang-lunting mandi-manda masak-mangsai merah-merang mercak-mercik morat-marit muda-mudi mundar-mandir | musuh-masah olah-alik olang-oling orak-arik piat-piut pincang-pincing pindah-randah piut-miut polang-paling porak-peranda pontang-panting punah-ranah remeh-temeh rempah-pawah sempang-sempong riuh-rendah robak-rabik ropak-rapik rumput-rampai ranggu-rangga saki-baki sampah-sarap sara-bara saudara-mara sayur-mayur simpang-perenang suku-sakat susup-sasap susur-galur takang-takik takuh-takah tanah-tanih teka-teki terang-benderang tikai-pangkai tindak-tanduk tulang-temulang ulang-alik umbang-ambing unggang-unggit warna-warni |
· Kata ganda bersajak/berima yang telah sedia membawa makna sangat atau paling, maka kata penguat tidak noleh digunakan lagi bagi menguatkan maksud kata ganda bersajak atau berima itu.
Contoh:
1.a) Lantai bilik air itu sangat licin-licau. (X)
b) Lantai bilik air itu licin-licau. (√)
c) Lantai bilik air itu sangat licin. (√)
2.a) Rambut orang gila itu sangat kusut-masai. (X)
b) Rambut orang gila itu kusut-masai. (√)
c) Rambut orang gila itu sangat kusut. (√)
|
Kata Ganda Berimbuhan
Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang ditambah dengan imbuhan, sama ada yang berupa awalan, akhiran, apitan atau sisipan.
Kata ganda berimbuhan ini diberi tanda sempang (-).
Contoh:
Awalan | tercari-cari, berjam-jam, ketujuh-tujuh, melambai-lambai, tersipu-sipu, tertanya-tanya |
Akhiran | buah-buahan, gali-galian, ulam-ulaman, sayur-sayuran, biji-bijian, mati-matian, kenang-kenangan |
Apitan | bersalam-salaman, bercakar-cakaran, keanak-anakan, kebiru-biruan, sekecil-kecilnya |
Sisipan | awan-kemawan, tikam-menikam, tilik-menilik, tulis-menulis, usik-mengusik, ukir-mengukir |
Kata ganda berimbuhan terdiri daripada pelbagai kelas kata seperti yang berikut:
A. Kata Ganda Berimbuhan (kata nama)
Contoh:
anak-anakan orang-orangan
buah-buahan rumah-rumahan
Contoh:
mudah-mudahan hidup-hidupan
mati-matian masam-masaman
manis-manisan besar-besaran
C. Kata ganda berimbuhan (kata kerja)
Contoh:
umpat-umpatan tumbuk-menumbuk
tuduh-menuduh caci-mencaci
D. Kata ganda berimbuhan (kata keterangan)
Contoh:
sebaiknya sesungguhnya
seboleh-bolehnya seharusnya
Contoh penggunaan kata ganda berimbuhan dalam ayat:
1. Abu berangan-angan hendak menjadi seorang juruterbang.
2. Pak Haji Ali bercadang untuk mengadakan majlis kenduri kahwin anaknya itu secara besar-besaran.
3. Ah Keong bermati-matian tidak mahu mengakui kesilapannya itu.
4. Sikap bantu-membantu perlu diamalkan dalam masyarakat.
5. “Seelok-eloknya kita merancang perbelanjaan pada setiap bulan,” kata Aida kepada Ruby.
Senarai Kata Ganda Berimbuhan.
ambil-mengambil ambin-mengambin ancam-mengancam andam-mengandam angkut-mengangkut aniaya-menganiaya atas-mengatasi ayak-mengayak bahu-membahu balas-membalas bancuh-membancuh bantu-membantu bedil-membedil baham-membaham belit-membelit benci-membenci caci-mencaci canai-mencanai cari-mencari cela-mencela cetak-mencetak cium-mencium conteng-menconteng curi-mencuri dahulu-mendahului dakap-mendakap dakwa-mendakwa datang-mendatangi dayung-mendayung dendam-mendendami desak-mendesak dorong-mendorong eja-mengeja ejek-mengejek ekor-mengekori elak-mengelak endah-mengendahi faham-memahami fikir-memikir fitnah-memfitnah gali-menggali garis-menggaris | gaul-menggaul gertak-menggertak gigit-menggigit gilap-menggilap hambat-menghambat hantar-menghantar harga-menghargai hasut-menghasut hentam-menghentam hias-menghias hormat-menghormati hubung-menghubungi ikat-mengikat ikut-mengikuti ingat-mengingati intai-mengintai intip-mengintip jadi-menjadi jahit-menjahit jatuh-menjatuhi jauh-menjauhi jilat-menjilat jilid-menjilid jual-menjual kacau-mengacau kafir-mengkafir kait-mengait karang-mengarang kasih-mengasihi kata-mengatai kecil-mengecilkan kira-mengira langgar-melanggar lawat-melawati lempar-melemparkan lengkap-melengkapi maaf-memaafi maki-memaki malu-memalui masak-memasak mati-matian nafi-menafikan | nasihat-menasihati pandang-memandang paut-mamaut pikul-memikul pinang-meminang pilih-memilih pukul-memukul puji-memuji pujuk-memujuk ragu-meragui ratap-meratapi raut-meraut rejam-merejam rendah-merendahkan rendam-merendam renjis-merenjis sahut-menyahut salah-menyalahkan sambar-memenyambar selar-menyelar selit-menyelit silang-menyilang siram-memyiram sorok-menyorok tahu-menahu takluk-menakluki tampal-menampal tampar-menampar tarik-menarik tegah-menegah tentang-menentang tilik-menilik ubah-mengubah ugut-mengugut ukir-mengukir ukur-mengukur ungkit-mengungkit usik-mengusik utus-mengutus ulang-mengulangi yakin-meyakini ziarah-menziarahi |
· Apabila kata ganda berimbuhan yang digunakan dalam ayat telah sedia menyatakan makna berulang-ulang, maka kata berkali-kali atau berulang-ulang tidak boleh digunakan selepas kata ganda berimbuhan itu.
Contoh:
1.a) Adik melambai-lambaikan tangannya berkali-kali sebelum dia menaiki pesawat itu. (X)
b) Adik melambai-lambaikan tangannya sebelum dia menaiki pesawat itu. (√)
· Sekiranya kata ganda berimbuhan yang digunakan dalam ayat sudah menyatakan maksud
menyaling, maka kata saling tidak perlu lagi.
Contoh:
1.a) Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling potong-memotong. (X)
b) Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu potong-memotong. (√)
c) Kedua-dua orang pemandu kereta lumba itu saling -memotong. (√)
· Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganda seperti yang berikut:-
1. Kesalahan meletakkan tanda sempang ( - ) bagi kata ganda separa.
Contoh:
a) Ke-kisi tingkap itu masih kukuh. (X)
b) Kekisi tingkap itu masih kukuh. (√)
2. Kesalahan mengulangi/menggandakan frasa nama setara untuk menunjukkan makna jamak.
Contoh:
a) Periuk-periuk belanga itu kelihatan seperti baru setelah digilap. (X)
b) Periuk-belanga itu kelihatan seperti baru setelah digilap. (√)
3. Kesalahan menggandakan kata nama dalam ayat apabila kata adjektifnya telah digandakan.
Contoh:
a) Baju-baju itu besar-besar belaka. (X)
b) Baju itu besar-besar belaka. (√)
4. Kesalahan menyertakan kata saling kepada kata ganda menyaling dalam ayat.
Contoh:
1.a) Mereka saling caci-mencaci. (X)
b) Mereka caci-mencaci. (√)
5. Kesalahan menyertakan kata penguat kepada kata ganda berima untuk menyatakan maksud
darjah tertinggi.
Contoh:
1.a) Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana rambutnya kelihatan sangat kusut-masai. (X)
b) Mary ditegur oleh Cikgu Yati kerana rambutnya kelihatan kusut-masai. (√)
2.a) Sayur itu kelihatan sungguh segar-bugar. (X)
b) Sayur itu kelihatan segar-bugar. (√)
6. Kesalahan menyertakan kata bilangan kepada kata ganda berima yang kata dasarnya terdiri
daripada kata nama.
Contoh:
1.a) Semua kuih-muih itu dijualnya di pasar malam. (X)
b) Kuih-muih itu dijualnya di pasar malam. (√)
KATA GANTI NAMA DIRI
Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:
a) Kata ganti nama diri pertama
b) Kata ganti nama diri kedua
c) Kata ganti nama diri ketiga
A Kata Ganti Nama Diri Pertama
Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain.
Kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua, iaitu:
i) Bentuk tunggal
ii) Bentuk jamak
Bentuk | Contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama |
Tunggal | aku, beta, daku, hamba, patik, saya |
Jamak | kami, kita |
Perhatikan penerangan penggunaan kata ganti nama diri pertama di bawah ini.
Kata Ganti Nama Diri Pertama | Penerangan | Ayat contoh |
aku | Untuk menggantikan/merujuk diri sendiri apabila: a) Bercakap dengan orang/kenalan yang sangat rapat serta mesra dan sedarjat/setaraf. b) Apabila berdoa kepada Tuhan. | 1. Kata Mahmud kepada rakan karibnya, “Petang nanti aku ingin mengajak engkau datang ke rumahku.” 2. Ya Allah, aku memohon keampunan dan keredhaan-Mu. |
beta | Digunakan oleh raja, sultan, dan kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat | 1. “Beta tidak menyangka bahawa orang kaya tergamak menganiaya beta,” titah Sultan Samad. 2. Titah Sultan Ali, “Beta datang ke mari membawa hajat yang besar.” |
daku | Sebagai objek kepada kata kerja transitif yang ejaannya berakhir dengan huruf ‘n’. | 1. Kakak Milah membelikan daku seutas rantai emas. 2. Hamidah berkakak dengan daku. |
hamba | Untuk merujuk diri orang yang bercakap atau diri sendiri pada zaman dahulu. | 1. “Hamba sungguh kecewa dengan sikap tuan hamba,” kata Panglima Hitam kepada pesuruh raja itu. 2. Kata Datuk Maharaja Lela, “Hamba sama sekali tidak menyangka begini akan jadinya.” |
kita | Untuk merujuk diri sendiri dengan menyertakan diri orang kedua atau orang yang dilawan bercakap. | 1. “Mari kita membantu ibu di dapur,” kata Ani kepada kakaknya. 2. “Rumah kita ini perlu dicat semula, ayah,” kata Zubir. |
kami | Untuk merujuk diri orang yang bercakap serta anggota kumpulannya apabila bercakap dengan orang kedua yang tidak termasuk dalam kumpulan mereka. | 1. “Ibu bapa kami jarang ada di rumah pada waktu siang,” kata Mary dan Rita kepada Nita. 2. “Kereta kami ini berjenama Proton,” kata Siti dan Wan kepada Suzana. |
patik | Digunakan oleh rakyat untuk merujuk diri sendiri apabila bercakap dengan raja, sultan dan kerabat diraja. | 1. “Pertanyaan patik tadi belum tuanku jawab,” kata Bendahara Melaka kepada baginda Sultan. 2. “Keluarga patik masih berada di Majapahit, tuanku,” sambung Daeng Lebar Daun. |
saya | Untuk merujuk diri sendiri apabila bercakap dalam suasana rasmi, dengan orang yang baru dikenali, dengan orang yang dihormati, dengan orang yang lebih tua umurnya dan dengan orang lain pada umumnya. | 1. “Tangan saya berasa kebas, tuan doktor,” kata pesakit itu. 2. “Kamu jangan cuba mempermainkan saya,” kata Zaiton kepada Maya. |
B Kata Ganti Nama Diri Kedua
Kata ganti nama diri kedua ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap.
Kata ganti nama diri kedua terbahagi kepada dua bentuk, iaitu:
i) Bentuk tunggal
ii) Bentuk jamak
Bentuk | Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua |
Tunggal | anda, awak, dikau, engkau, tuanku, kamu |
Jamak | anda, kalian, kamu |
Perhatikan penerangan penggunaan kata ganti nama diri pertama di bawah ini.
Kata Ganti Nama Diri Kedua | Penerangan | Ayat Contoh |
anda (tunggal dan jamak) | Merujuk diri orang yang kedua/orang yang dilawan bercakap apabila tiada berhadapan dengan kita. Contohnya dalam siaran radio, televisyen, dalam urusan surat-menyurat dan apabila bercakap dengan orang yang sebaya dengan kita. | 1 Kata juruhebah radio itu, “Anda perlu berhati-hati supaya tidak terbeli barang tiruan.” 2 Sudahkah anda mendaftar sebagai pengundi? |
awak (tunggal) | Merujuk diri orang yang kedua yang rapat hubungannya dengan kita, digunakan oleh orang atasan apabila bercakap dengan orang bawahan dan digunakan oleh suami dan isteri tatkala bercakap. | 1 “Awak tinggal di mana, Karim?” tanya Sabri. 2 Hutang awak masih tinggal seratus ringgit sahaja,” kata Saadiah kepada suaminya. |
dikau (tunggal) | Digunakan dalam tulisan sebagai objek kepada kata sendi dan kata kerja transitif yang ejaannya berakhir dengan huruf ‘n’. | 1 Kassim benci akan dikau, Manan,” kata Bacik. 2 “Keengganan dikau melamarnya, membuatkan Yati kecewa, Din,” kata Dol. |
engkau (tunggal) | Merujuk diri orang yang kedua atau orang yang dilawan bercakap yang rapat hubungannya dengan kita dan dengan Tuhan apabila berdoa. | 1 “Kawan-kawan engkau sedang menunggu di kantin sana,” kata Rahim kepada rakannya See Yan. 2 Ya Tuhanku, kepada Engkau aku memohon kemaafan! |
kalian (jamak) | Merujuk diri orang kedua atau orang yang dilawan bercakap yang bilangannya melebihi seorang/bilangan banyak. | 1 “Kalian beredar dahulu,” kata Majid kepada rakan-rakannya. 2 Kalau kalian sudah bersedia, mari kita bergerak sekarang,” kata Bedul kepada adik-adiknya. |
kamu | 1. Untuk menggantikan diri orang yang dilawan bercakap yang rapat hubungannya dengan kita. 2. Digunakan oleh orang dewasa apabila bercakap dengan orang yang lebih muda. | 1 “Bilakah kamu akan berangkat ke Australia, Man?” tanya Mumtaz. 2 “Dengan siapakah kamu akan menjalankan perniagaan ini, nanti?” tanya Swee King kepada Ah Chye. |
C Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau yang diperkatakan.
Contoh:
baginda, beliau, dia, ia, dan mereka
Perhatikan penerangan penggunaan kata ganti nama diri ketiga di bawah ini.
Kata Ganti Nama Diri Ketiga | Penerangan | Ayat Contoh |
baginda | Untuk menggantikan nama sultan/raja/kerabat diraja yang diperkatakan | 1 Baginda sedang beradu di bilik peraduan. 2 Putera baginda Sultan yang akan menaiki takhta kerajaan itu. |
beliau | Untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan yang dianggap mulia, berjasa dan tidak melakukan perbuatan keji. | 1 Beliau berasal dari Kedah. 2 Saudara beliau banyak yang menetap di sini. |
dia/ia | Untuk menggantikan nama diri orang yang diceritakan/dicakapkan. | 1 Dia anak seorang ahli perniagaan. 2 Dia banyak membantu menyelesaikan masalah kami di sini. |
mereka | Untuk menggantikan nama diri orang ketiga yang dicakapkan yang bilangannya melebihi seorang. | 1 Mereka jarang berbual dengan kami. 2 Ibu mereka telah lama meninggal dunia. |
· Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri seperti berikut:
1. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri untuk binatang, benda, tempat dan benda
abstrak dalam binaan ayat.
Contoh:
1.a) Bajunya koyak. Ia perlu dijahit. (X)
b) Bajunya koyak. Bajunya perlu dijahit. (√)
2.a) Anjing itu menyalak. Ia kelaparan. (X)
b) Anjing itu menyalak. Anjing itu kelaparan. (√)
2. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri beliau untuk menggantikan nama kanak-
kanak, penjenayah, penagih dadah atau orang yang dianggap rendah moral atau akhlaknya.
Contoh:
1.a) Penagih dadah itu ditangkap oleh polis ketika beliau sedang dalam keadaan khayal. (X)
b) Penagih dadah itu ditangkap oleh polis ketika dia sedang dalam keadaan khayal. (√)
2.a) Kanak-kanak itu menangis. Beliau kehilangan ibunya. (X)
b) Kanak-kanak itu menangis. Dia kehilangan ibunya. (√)
3. Kesalahan menggabungkan kata ganti nama diri ia dan nya menjadi ianya.
Contoh:
1.a) Jika gagal menjelaskan yuran peperiksaan, ianya tidak akan dibenarkan menduduki
peperiksaan. (X)
b) Jika gagal menjelaskan yuran peperiksaan, ia tidak akan dibenarkan menduduki
peperiksaan. (√)
2.a) Jika melawan, ianya akan dikenakan hukuman yang lebih berat. (X)
b) Jika melawan, ia akan dikenakan hukuman yang lebih berat. (√)
4. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri ia sebagai objek kepada kata sendi atau
kata kerja transitif.
Contoh
1.a) Kami tidak suka berkawan dengan ia. (X)
b) Kami tidak suka berkawan dengan dia/nya. (√)
2.a) Sudah lama saya menunggu ia datang. (X)
b) Sudah lama saya menunggunya/dia datang. (X)
5. Kesalahan tidak dapat membezakan kata ganti nama diri untuk Tuhan dan manusia.
Contoh:
1.a) Tuhan amat menyayangi hambanya. (X)
b) Tuhan amat menyayangi hamba-Nya. (√)
2.a) Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini. (X)
b) Ya Allah, ampunilah dosa hamba-Mu ini. (√)
6. Kesalahan tidak dapat membezakan penggunaan kata ganti nama diri kami dan kita.
Contoh:
1.a) “Kita tinggal tidak jauh dari sini,” kata Abu dan Ali kepada Lim. (X)
b) “Kami tinggal tidak jauh dari sini,” kata Abu dan Ali kepada Lim. (√)
2.a) “Kita anak orang miskin, pak cik,” kata John dan Johnny. (X)
b) “Kami anak orang miskin, pak cik,” kata John dan Johnny. (√)
7. Kesalahan menggandakan kata ganti nama diri ketiga mereka menjadi mereka-
mereka.
Contoh:
1.a) Mereka-mereka terdiri daripada pelajar sekolah menengah di daerah ini. (X)
b) Mereka terdiri daripada pelajar sekolah menengah di daerah ini. (√)
2.a) Mereka-mereka belajar di kolej swasta. (X)
b) Mereka belajar di kolej swasta. (√)
8. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri ia sebagai penerang kepada kata nama.
Contoh:
1.a) Adik ia berusia lima tahun. (X)
b) Adiknya berusia lima tahun. (√)
2.a) Rumah ia beratap rumbia. (X)
b) Rumahnya beratap rumbia. (√)
9. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri ia sebagai pelaku dalam ayat pasif diri
ketiga.
Contoh:
1. a) Baju itu belum dijahit ia. (X)
b) Baju itu belum dijahitnya. (√)
2. a) Rumah itu sudah dicat ia. (X)
b) Rumah itu sudah dicatnya. (√)
KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT
Dalam bahasa Melayu, kata ganti nama diri singkat asalnya ialah kata ganti nama diri penuh yang telah disingkatkan.
Dalam Bahasa Melayu baku, kata ganti nama diri singkat ada empat seperti yang berikut:-
kau, ku, mu, nya
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Ganti Nama Diri Singkat | Penerangan | Ayat Contoh |
kau | Kata ganti nama diri singkat kau asalnya daripada kata ganti nama diri penuh engkau yang telah disingkatkan | 1 “Amin, pulanglah ke rumah kerana ibu rindukankau,” kata Salamah. 2 “Kenapakah kausering menjauhkan diri daripadaku, Salleh?” tanya Maimun. |
ku | Kata penuh nama diri singkat ku asalnya daripada kata ganti nama diri penuh aku yang telah disingkatkan | 1 Aku berharap agar kautidak berkecil hati dengan kata-kataku tadi, Osman,” kata Ali. 2 Kata Amran, “Hajat hatiku untuk ke Mekah pada tahun ini.” |
mu | Kata ganti nama diri singkat mu asalnya daripada kata ganti nama diri penuh kamu yang telah disingkatkan | 1 “Keras sekali hatimu, Bidin,” kata Salmiah. 2 Kata Malek, “Aku sering teringatkan dirimu, Ziana.” |
nya | Kata ganti nama diri singkat nya asalnya daripada kata ganti nama diri ketiga dia. | 1 Hidungnya berdarah sewaktu terjatuh tadi. 2 Tulisannya seperti cakar ayam. |
· Dalam penulisan atau binaan ayat elakkan daripada melakukan kesalahan seperti berikut:-
1. Kesalahan tidak menulis rapat kata ganti nama diri singkat dengan kata yang
menyertainya.
Contoh:
1. a) Kata Kamil, “Orang tua ku pernah membawa aku dan adikku datang ke tempat ini.” (X)
b) Kata Kamil, “Orang tuaku pernah membawa aku dan adikku datang ke tempat ini.” (√)
2. a) Tanya Mak Kiah, “Mengapakah kau potong rambut engkau itu terlalu pendek, Senah?”.
(X)
b) Tanya Mak Kiah, “Mengapakah kaupotong rambut engkau itu terlalu pendek, Senah?”.
(√)
2. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri singkat sebagai subjek ayat.
Contoh:
1. a) “Kau masih marah padaku, Maya?” tanya Faizol. (X)
b) “Engkau masih marah padaku, Maya?” tanya Faizol. (√)
2. a) “Nya tidak mahu bertolak ansur dengan rakan-rakannya,” kata Hawa. (X)
b) “Dia tidak mahu bertolak ansur dengan rakan-rakannya,” kata Hawa. (√)
3. Kesalahan menulis kata ganti nama diri singkat untuk Tuhan dengan menggunakan
huruf kecil pada pangkal katanya.
Contoh:
1. a) Oh Tuhanku, kesihanilah hamba-mu ini! (X)
b) Oh Tuhanku, kesihanilah hamba-Mu ini! (√)
2. a) Tuhan amat adil kepada hamba-nya. (X)
b) Tuhan amat adil kepada hamba-Nya. (√)
KATA GANTI NAMA TAK TENTU
Kata ganti nama tak tentu ialah kata yang digunakan untuk menggantikan sesuatu atau seseorang yang tidak tentu/tidak pasti.
Contoh:
|
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Ganti Nama Tak Tentu | Penerangan | Ayat Contoh |
apa-apa | Untuk menggantikan nama benda/perkara yang tidak tentu. | 1. Dia menerima apa-apa sahaja teguran yang membina. 2. Datin Aida tidak tahu apa-apa tentang kegiatan haram suaminya itu. |
bila-bila | Untuk menggantikan masa/waktu yang tidak tentu. | 1. Perang saudara itu akan tercetus pada bila- bila masa sahaja. 2. “Bila-bila kamu ada kelapangan ziarahi ibu di kampung,” pesan Ema kepada adiknya, Rima. |
mana-mana | Untuk menggantikan nama benda atau tempat yang tidak tentu. | 1. Kata Siti kepada Sidah, “Kamu usah pergi ke mana-mana, tunggu saya di sini.” 2. Pada petang itu, Abu tidak pergi ke mana- mana. |
siapa-siapa/ sesiapa | Untuk menggantikan nama orang/manusia yang tidak tentu. | 1. Tidak siapa-siapa pun dibenarkan merokok di dalam dewan itu. 2. Mereka tidak mengenali sesiapa pun di majlis itu. |
· Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama tak tentu seperti yang berikut:
1. Kesalahan tidak menggunakan kata ganti nama tak tentu berdasarkan fungsinya.
Contoh:
1.a) “Tidak ada mana-mana yang mengganggu fikiran saya,” kata Suzy. (X)
b) “Tidak ada apa-apa yang mengganggu fikiran saya,” kata Suzy. (√)
2.a) “Siapa-siapa kamu ada kelapangan, datanglah ke rumah saya, boleh kita
berbual- bual,”kata Christine kepada Ani. (X)
b) “Bila-bila kamu ada kelapangan, datanglah ke rumah saya, boleh kita berbual-bual,”
kata Christine kepada Ani. (√)
2. Kesalahan menyertakan partikel kah kepada kata ganti nama tak tentu dalam ayat.
Contoh:
1.a) “Kamu tidak pergi ke mana-manakah petang semalam, Abu?” tanya Munshi. (X)
b) “Kamu tidak pergi ke mana-mana petang semalam, Abu?” tanya Munshi. (√)
2.a) Siapa-siapakah yang didapati mencerobohi kawasan larangan itu akan didakwa? (X)
b) Siapa-siapa yang didapati mencerobohi kawasan larangan itu akan didakwa? (√)
3. Kesalahan menggunakan kata tanya untuk menggantikan tempat kata ganti nama tak
tentu dalam ayat.
Contoh:
1.a) “Bila masa sahaja cermin tingkap yang retak itu akan pecah,” kata Subra. (X)
b) “Bila-bila masa sahaja cermin tingkap yang retak itu akan pecah,” kata Subra. (√)
2.a) Kata Cikgu Mansor, “Siapa yang berminat untuk menyertai kem motivasi ini, perlulah
mendaftarkan diri kepada ketua pengawas sekolah.” (X)
b) Kata Cikgu Mansor, “Siapa-siapa/sesiapa yang berminat untuk menyertai kem motivasi
ini, perlulah mendaftarkan diri kepada ketua pengawas sekolah.” (√)
KATA GANTI NAMA TUNJUK
Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang.
Dalam Bahasa Melayu Baku, kata ganti nama tunjuk ada dua, iaitu ini dan itu.
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Ganti Nama Tunjuk | Penerangan | Ayat Contoh |
ini | Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang dekat | 1 “Ini kenalan baru saya,” kata Bhagwan. 2 “Masalah ini sukar untuk diselesaikan,” kata Firdaus. |
itu | Digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh | 1 Itu guru kelas 6 Hijau. 2 Sungai itu masih belum tercemar. |
· Kata ganti nama tunjuk mempunyai dua fungsi atau tugas seperti yang berikut:-
1. Kata ganti nama tunjuk berfungsi sebagai subjek ayat.
Contoh:
1. Ini meja tulis saya.
2. Kata Razali, “Itu lukisan saya yang pertama.”
2. Kata ganti nama tunjuk berfungsi sebagai penentu.
Contoh:
1. “Hari ini ialah hari lahir saya,” kata Badar.
2. Istana itu milik Raja Permaisuri Lela Ratna.
· Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama tunjuk seperti yang berikut.
1. Kesalahan meletakkan kata ganti nama tunjuk yang bertugas sebagai penentu di
hadapan frasa nama atau kata nama.
Contoh:
1. a) Ini malam, kami bercadang untuk meronda di kawasan tepi pantai,” kata Senik dan
Johar. (X)
b) Malam ini kami bercadang untuk meronda di kawasan tepi pantai,” kata Senik dan
Johar. (√)
2. a) Itu pegawai polis datang untuk menangkap pencuri yang memecah masuk rumah
hartawan itu. (X)
b) Pegawai polis itu datang untuk menangkap pencuri yang memecah masuk rumah
hartawan itu. (√)
2. Kesalahan tidak menggunakan kata ganti nama tunjuk di tempat yang betul berdasarkan
fungsinya.
Contoh:
1. a) Sekolah yang ini baru siap pembinaannya akan dirasmikan oleh Menteri
Pendidikan Malaysia. (X)
b) Sekolah yang baru siap pembinaannya ini akan dirasmikan oleh Menteri
Pendidikan Malaysia. (√)
2. a) Buku ini yang baru sungguh tebal. (X)
b) Buku yang baru ini sungguh tebal. (√)
KATA GANTI NAMA TEMPAT
Kata ganti nama tempat ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama tempat.
Dalam bahasa Melayu, kata ganti nama tempat ada tiga iaitu, sini, situ, dan sana.
Perhatikan keterangan di bawah ini.
Kata Ganti Nama Tempat | Penggunaan | Ayat Contoh |
sini | Digunakan untuk menunjukkan tempat yang dekat atau berhampiran dengan orang yang bercakap | 1 “Di sini udaranya sungguh nyaman dan menyegarkan,” kata Aidah. 2 “Penduduk di sini ramah belaka,”kata Salwa kepada Diana. |
situ | Digunakan untuk menunjukkan tempat yang agak jauh. Tempat yang dimaksudkan itu masih kelihatan oleh orang yang bercakap | 1 Kebanyakan penduduk di situ bekerja sebagai penoreh getah. 2 Saya tidak pasti sama ada Amir tinggal di situ lagi atau telah berpindah ke tempat lain. |
sana | Digunakan untuk menunjukkan tempat yang jauh dan tidak kelihatan oleh orang yang bercakap. | 1 Di Indonesia sana, Salimin menjalankan perniagaan menjual kain batik. 2 Dua orang pengganas komunis telah dibunuh oleh pasukan tentera di puncak gunung sana. |
KATA GANTI NAMA TANYA
Kata ganti nama tanya ialah kata yang digunakan untuk menanyakan orang, haiwan, benda, masa, tempat, bilangan, hal atau perkara. Dalam bahasa Melayu Baku, kata ganti nama tanya adalah seperti yang berikut:-
adakah, apa, bagaimana, berapa, bila, kenapa, mana, mengapa, siapa
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Tanya | Penerangan | Ayat Contoh |
Adakah | Digunakan untuk menanyakan sesuatu soalan yang jawapannya ‘ya’ atau ‘tidak’ | 1 Adakah ketinggian bangunan FIFA sama dengan ketinggian bangunan ZIZA? 2 “Adakah kamu pernah mengalami kesukaran untuk bernafas sebelum ini?” tanya doktor Zaki kepada Amin. |
Apa | Digunakan untuk menanyakan binatang, hal, perkara,, benda, dan benda abstrak | 1 Apa tanda-tanda awal penyakit kusta, doktor?” tanya Mustafa. 2 “Tujuan kamu datang berjumpa dengan saya ini untuk apa, Sidek?” tanya Borhan. |
Bagaimana | Digunakan untuk menanyakan cara dan keadaan | 1 “Bagaimanakah keadaan mangsa kemalangan yang kamu bantu tadi, Tim?” tanya Ah Meng. 2 “Cara untuk mengikat tali pada dahan pokok ini, bagaimana, cikgu?” tanya Amira kepada Cikgu Jamilah. |
Berapa | Digunakan untuk menanyakan jumlah atau bilangan dan harga | 1 “Berapakah bilangan anggota tentera yang terlibat dalam operasi itu, ayah?” tanya Azeem. 2 “Jarak dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru berapa, Malik?” tanya Tan. |
Bila | Digunakan untuk menanyakan masa, atau waktu | 1 Bilakah upacara Sukan SEA yang ke-16 itu akan diadakan? 2 “Majlis makan malam kelab sukan itu akan diadakan bila?” tanya Abu kepada Rahim. |
Kenapa/ mengapa | Digunakan untuk menanyakan sebab atau alasan | 1 “Mengapakah kamu suka mengganggu saya ketika saya sedang membaca buku, Roha?” tanya Anita. 2 “Banyak orang menuju ke stadium itu, kenapa, Remy?” tanya Johan. |
Mana | Digunakan untuk menanyakan tempat, benda, orang dan binatang | 1 “Di manakah majlis persandingan abang kamu itu akan diadakan, Munah?” tanya Azizan. 2 “Kawasan perkelahan itu terletak di negeri mana, Jun?” tanya Zaid. |
Siapa | Digunakan untuk menanyakan orang atau manusia | 1 Siapakah tetamu undangan yang akan menghadiri majlis itu nanti, Salmi?” tanya Bakar. 2 “Kakak kamu bertunang dengan siapa, Devi?” tanya Kumari. |
· Dalam penulisan, kata ganti nama tanya mana tidak sama penggunaannya dengan kata ganti nama tanya di mana. Kata ganti nama tanya mana digunakan untuk menanyakan sesuatu soalan yang memerlukan jawapan ini atau itu. Manakala kata ganti nama tanya di mana digunakan untuk menanyakan sesuatu soalan yang memerlukan jawapan di sini, di situ, di sana atau di (nama tempat).
Perhatikan contoh di bawah ini.
1. a) Robert : Kasut yang kamu baru beli itu mana?
Nathan: Ini.
2. a) Alice : Di manakah kemalangan itu berlaku?
Suzy : Peristiwa itu berlaku di Jalan Mahameru.
· Dalam penulisan atau binaan ayat tanya apabila predikat dipentingkan dengan partikal kah, maka predikat itu mestilah dikedepankan letaknya.
Perhatikan contoh di bawah ini.
1. a) Pensyarah kanankah dia? (√)
b) Dia pensyarah kanankah? (X)
2. a) Di manakah dia? (√)
b) Dia di manakah? (X)
· Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama tanya seperti berikut:-
1. Kesalahan tidak menyertakan partikel kah kepada kata tanya yang diletakkan di awal
ayat tanya.
Contoh:
1. a) Berapa jumlah pelajar di dalam kelas ini? (X)
b) Berapakah jumlah pelajar di dalam kelas ini? (√)
2. Kesalahan meletakkan partikel kah kepada kata tanya yang diletakkan di hujung ayat
tanya.
Contoh:
1. a) Anggota polis yang dirempuh lori itu siapakah? (X)
b) Anggota polis yang dirempuh lori itu siapa? (√)
3. Kesalahan kerana meletakkan partikel kah di hujung ayat tanya tanpa kata tanya.
Contoh:
1. a) Buah nangka itu masih mudakah? (X)
b) Buah nangka itu masih muda? (√)
4. Kesalahan menggunakan kata tanya dalam ayat yang bukan tergolong dalam jenis ayat
tanya.
Contoh:
1. a) Khalid terlupa di mana dia meletakkan pennya itu. (X)
b) Khalid terlupa tempat dia meletakkan pennya itu (√)
5. Kesalahan menggunakan kata tanya untuk menggantikan tempat kata-kata lain dalam
ayat.
Contoh:
1. a) Bila wang saya sudah banyak, saya akan membuka perniagaan sendiri,” kata
Zainuddin. (X)
b) Apabila wang saya sudah banyak, saya akan membuka perniagaan sendiri,” kata
Zainuddin. (√)
KATA HUBUNG
Kata hubung ialah kata yang berperanan atau berfungsi untuk menggabungkan kata dengan kata, ayat dengan ayat atau frasa dengan frasa. Dalam bahasa Melayu baku, kata hubung dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan dan kata hubung berpasangan.
Kata Hubung Gabungan
Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menggabungkan kata dengan kata, frasa dengan frasa dan klausa dengan klausa.
Contoh:
atau, bahkan, dan, lalu, kecuali, manakala, melainkan, padahal, sambil, seraya, serta, tetapi
Kata Hubung | Fungsinya | Contoh Penggunaan dalam Ayat |
atau | Menunjukkan pilihan | 1. Kim belum pasti sama ada akan melanjutkan pelajarannya ke maktab atau ke universiti. 2. “Awak atau saya yang perlu menyiapkan tugasan ini, Zul?” tanya Amin. |
dan | Menggabungkan dua unsur yang setara | 1. Anjing dan kucing itu dipelihara oleh orang kaya itu. 2. Ah Seng dan Karim pergi memancing di lombong tinggal itu. |
kecuali | Menunjukkan kekecualian | 1. Semua murid di kelas itu membaca buku di perpustakaan kecuali Shamsudin. 2. Datuk Salleh bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad atau hari kelepasan am. |
lalu | Menggabungkan dua perbuatan yang dilakukan secara berturut-turut | 1. Milah masuk ke bilik lalu berbaring di atas tilam yang empuk itu. 2. Anjing garang itu menerkam pencuri itu lalu menggigit punggungnya. |
serta | Menyatakan maksud turut atau bersama-sama | 1. Aliah rajin serta gigih berusaha. 2. Ali, Muthu, Salleh, dan Zaidi serta Farid bercadang untuk pergi menonton wayang pada hari minggu ini. |
sambil | Menunjukkan perbuatan lain dilakukan di samping perbuatan utama | 1. Sally menyanyi sambil menari. 2. Kamala berlari sambil menjinjing beg plastik. |
tetapi | Menggabungkan ayat dengan ayat yang lain | 1. Amran suka makan nasi lemak tetapi dia tidak suka makan roti canai. 2. Rumah banglo itu sungguh cantik tetapi harganya terlalu mahal. |
Kata Hubung Pancangan
Kata hubung pancangan ialah kata hubung yang digunakan untuk membentuk ayat pancangan.
Contoh:
apabila, agar, jika, kalau, kerana, meskipun, selama, sekiranya, semenjak, selagi, sementara,
sungguhpun, supaya, walaupun, ketika
Perhatikan rajah penggunaan kata hubung pancangan yang berikut.
Kata Hubung | Fungsinya | Contoh Penggunaan dalam Ayat |
agar | Menerangkan maksud/tujuan | 1. Ibu berdoa agar abang lulus dengan cemerlang dalam ujian memandu itu. 2. Kadir sanggup makan ubat yang pahit itu agar dia cepat sembuh. |
apabila | Menerangkan masa berlakunya sesuatu peristiwa/kejadian | 1. Apabila ditegur, dia merajuk. 2. Dawai itu mengembang apabila dipanaskan. |
kerana | Menunjukkan alasan/sebab | 1. Kerana demam, dia tidak dapat mengambil bahagian dalam sukan itu. 2. Dia dimarahi oleh ayahnya kerana memecahkan sebiji gelas minuman. |
manakala | Menunjukkan masa dan perkara yang bertentangan | 1. Fauzi sibuk menyiapkan kerja sekolahnya manakala rakan-rakannya yang lain asyik bermain sahaja. 2. Mala sibuk menyiapkan hidangan untuk para tetamu yang datang manakala adik dan kakaknya sibuk melayan tetamu. |
setelah/ sebelum sejak | Menunjukkan masa | 1. Setelah siap mengemas rumah, Ramlah menyiapkan kerja sekolahnya pula. 2. Sebelum ke bandar, Amran meminta keizinan ibunya terlebih dahulu. 3. Sejak berpindah ke ibu kota, Azman jarang pulang ke kampung. |
supaya | Menerangkan maksud/tujuan | 1. Ibu menyuruh kakak memberus gigi setiap hari supaya gigi kelihatan cantik dan bersih. 2. Pamela menggunakan alat solek yang mahal harganya supaya dia kelihatan lebih begaya dan cantik. |
Kata Hubung Berpasangan
Kata hubung berpasangan ialah kata hubung yang digunakan secara berpasangan dalam satu ayat.
Contoh:
baik…mahupun kian…kian
entah…entah sedangkan…inikan pula
bukan sahaja…bahkan juga sungguhpun…namun
makin…makin bukan sahaja…tetapi juga
sungguhpun…tetapi sama ada…atau
bagaimana…begitulah daripada…lebih baik
jangankan…pun semakin…semakin
· Kata hubung berpasangan ‘baik…mahupun’.
Digunakan untuk menyatakan maksud sama sahaja.
Ayat contoh:
1. Baik Rosli mahupun Jamal boleh menyertai pertandingan nyanyian itu.
2. Sebagai seorang nelayan yang bergantung hidup kepada laut, Pak Ali terpaksa turun ke
laut juga baik dalam keadaan cuaca baik mahupun keadaan laut bergelora.
· Kata hubung berpasangan ‘bukan sahaja…bahkan juga’.
Digunakan untuk menyatakan maksud serta atau di samping itu juga.
Ayat contoh:
1. Swee Kim bukan sahaja cantik bahkan juga berbudi bahasa.
2. Kamil bukan sahaja peramah bahkan juga pandai berjenaka.
· Kata hubung berpasangan ‘daripada…lebih baik’.
Digunakan untuk menunjukkan pertentangan maklumat.
Ayat contoh:
1. Daripada membazir wang lebih baik saya menabung.
2. Daripada membuang masa lebih baik saya membaca buku.
KATA KERJA
Kata kerja dapat didefinisikan sebagai perbuatan/perlakuan/keadaan melakukan sesuatu. Secara umumnya, kata kerja dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, iaitu:
a) Kata kerja tak transitif
b) Kata kerja transitif
c) Kata kerja terbitan
Kata Kerja Tak Transitif
Dalam pembentukan ayat, kata kerja tak transitif tidak memerlukan objek sebagai penyambut, kerana kata kerja tak transitif telah sempurna maksudnya. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada beberapa bentuk seperti di bawah ini:
Bentuk Kata Kerja Tak Transitif | |||||
Asal | Berawalan beR- | Berawalan meN- | Berawalan teR- | Berapitan beR-…-an | Berapitan beR- -kan |
celik cicir datang duduk gagal ingat jalan tidur | beradu beredar berbaring bergurau berjuang bekerja berlari berjalan | menginap melambung melawan melawat melompat memancar menangis menyala | tercengang terduduk termenung terjatuh terlambat tersenyum tertidur terbaring | berasakan berciciran berdekatan berjauhan berkeliaran berlainan berlampiran bermusuhan | beratapkan beralaskan berlapikkan berbantalkan bermandikan berpandukan berdasarkan berbekalkan |
Contoh penggunaan dalam ayat.
1. Adik sedang tidur.
2. Ayah sedang berbaring di atas sofa.
3. Anak kecil itu menangis.
4. Ibu kelihatan tersenyum sejak tadi.
5. Pondok usang itu beratapkan atap rumbia.
Kata Kerja Transitif
Dalam pembentukan ayat, kata kerja transitif memerlukan objek (frasa nama) sebagai penyambut atau pelengkap.
Perhatikan jadual kata kerja transitif di bawah ini.
Subjek | Predikat | |
Kata kerja transitif | Objek | |
1. Zaidi 2. Ah Meng 3. Salim 4. Mereka | mengetuk merebus menunggang memuji | pintu itu. telur. kuda. Zamani. |
1. Kata kerja transitif terbahagi kepada dua bentuk, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja
transitif pasif.
2. Kata kerja transitif aktif terdiri daripada kata kerja yang berawalan meN-, meN-…-i, mempeR-…-i,
mempeR-, berapitan meN-…-kan, dan berapitan mempeR-…-an.
3. Kata kerja transitif pasif terdiri daripada kata kerja transitif pasif berimbuhan beR-, di-, dan teR-
dan kata kerja pasif tanpa awalan.
Perhatikan ayat-ayat di bawah ini.
1. Seluarnya belum bergosok.
2. Kasut itu digilapnya.
3. Anak hartawan itu kena culik.
Kata Kerja Terbitan
Kata kerja terbitan terhasil daripada kata adjektif, atau kata nama atau kata hubung atau kata sendi nama yang diberikan imbuhan beR-, meN-…-i, meN-…-kan, mempeR-, mempeR-…-i, mempeR-…-kan.
Perhatikan jadual kata kerja terbitan di bawah ini.
Jenis Kata | Kata Dasar | Kata Kerja Terbitan |
Kata Adjektif | besar calar ganas | memperbesar mencalarkan mengganas |
Kata Nama | bunga ubat | berbunga mengubati |
Kata Hubung | kecuali serta | mengecualikan menyertai |
Kata Sendi Nama | oleh untuk | memperoleh memperuntukkan |
Contoh penggunaan dalam ayat:
1. Pokok mangga itu belum berbuah.
2. Saya bercadang untuk menyertai perarakan itu.
3. Mereka memperoleh keuntungan yang banyak hasil daripada jualan buku itu.
· Kata kerja transitif mestilah diletakkan awalan beR- atau meN-atau teR- .
· Kata kata lain tidak boleh diletakkan di antara kata kerja transitif dengan objek dalam ayat.
· Jika terdapat frasa nama yang mengikuti kata kerja transitif dalam ayat, kata nama tersebut mestilah diletakkan kata sendi namanya.
· Kata kerja pasif diri pertama dan kata kerja pasif diri kedua perlulah dibezakan daripada kata kerja
pasif diri ketiga.
Contoh:
·Kuih itu saya makan. (kata kerja pasif diri pertama)
·Kuih itu awak makan? (kata kerja pasif diri kedua)
·Kuih itu dimakan oleh mereka. (kata kerja pasif diri ketiga)
KATA KETERANGAN
Kata keterangan ialah kata yang menerangkan kata kerja dan kata adjektif dengan lebih lanjut. Dalam bahasa Melayu baku kata keterangan dikenali sebagai kata sifat juga.
Kata keterangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis seperti yang berikut:-
(a) Kata keterangan cara/gaya
(b) Kata keterangan masa/waktu
(c) Kata keterangan darjah
(d) Kata keterangan tanya
(e) Kata keterangan ragam/tak tentu
(f) Kata keterangan nafi
Jenis Kata Keterangan | Penerangan | Contoh | Ayat Contoh |
Kata keterangan cara/gaya | Digunakan untuk menerangkan cara | begini, begitu, demikian, diam, tiba-tiba, betapa | 1 Tidak sesiapa pun yang tahu betapa sedih hati ibu yang malang itu. 2 “Begini caranya menganyam daun ketupat,” kata nenek. |
Kata keterangan masa | Digunakan untuk menerangkan masa | kelak, kelmarin, tadi, belum, masih, sedang, sebentar, sekejap, selama- lamanya, sekarang, sudah, pernah, selalu, akan, kadang-kadang, sentiasa | 1 Radzi belum pernah sampai ke Kuala Lumpur. 2 Sewaktu dalam perjalanan pulang dari Seremban, kami singgah sebentar di pekan Kajang. |
Kata keterangan darjah | Digunakan untuk menerangkan darjah kata adjektif | agak, amat, nian, paling, sekali, sungguh, terlalu, terlampau | 1 Anak kecil itu terlalu nakal. 2 Ayah paling benci berbual dengan orang yang suka bercakap besar. |
Kata keterangan tanya | Digunakan untuk menerangkan masa, cara, sebab dan keadaan | siapa, bila, mana, mangapa, kenapa, apa, bagaimana, berapa | 1 Ke manakah kamu semalam, Anne? 2 “Apakah perkara yang sedang kamu bualkan itu, Man?” tanya Shahmi. |
Kata keterangan ragam/tak tentu | Digunakan untuk menerangkan sesuatu yang belum pasti | agaknya, barangkali, entah- entah, harus, mesti, patut, memang, nescaya, semoga | 1 “Agaknya Pak Lah masih marah dengan kamu, Janan?” kata Sabri. 2 Tidak patut Mak Tijah memperlakukan anak bongsunya itu seperti anak tiri. |
Kata keterangan nafi | Digunakan untuk menafikan sesuatu | Tidak, bukan, tak | 1 Zainah tidak mahu mematuhi arahan gurunya. 2 Marsinah bukan sombong tetapi pendiam. |
· Selain kata keterangan di atas, terdapat kata keterangan lain yang tidak dapat dikategorikan. Antaranya ialah hanya, jua, juga, dan saja.
· Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata keterangan seperti yang berikut:-
1. Kesalahan meletakkan kata keterangan saja, juga, dan lagi di depan frasa nama, frasa sendi,
frasa adjektif dan frasa kerja yang menjadi predikat ayat.
Contoh:
1. a) Datuk saya juga seorang ketua kampung. (X)
b) Datuk saya seorang ketua kampung juga. (√)
2. a) Pemuda itu saja termenung. (X)
b) Pemuda itu termenung saja. (√)
3. a) Ibu Salim lagi demam. (X)
b) Ibu Salim demam lagi. (√)
KATA NAFI
Kata nafi ialah kata yang digunakan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif.
Dalam bahasa Melayu baku, kata nafi adalah seperti yang berikut:-
tak, tidak dan bukan
Kata Nafi | Penerangan | Ayat Contoh |
Tak/tidak | Digunakan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif apabila predikatnya terdiri daripada frasa adjektif dan frasa kerja. | 1 Ramlan tidak mengendahkan nasihat ibu bapanya. 2 Mereka tidak bersetuju dengan cadangan kami. 3 Mata pedang itu tidak tajam. 4 Fikirannya tidak waras. |
bukan | Digunakan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif daripada ayat positif apabila predikatnya terdiri daripada frasa nama. | 1 Pemuda itu bukan pegawai polis. 2 Ayahnya bukan peguam. 3 Anjing itu bukan anjing peliharaan Encik Leong. 4 Basikal itu bukan basikal yang baru dibelinya. |
· Dalam penulisan, kata nafi bukan dan tidak dapat digunakan menurut kesesuaiannya untuk membentuk ayat nafi daripada ayat positif apabila predikatnya terdiri daripada frasa adjektif.
Contoh:
1. Ah Keong tidak di biliknya sewaktu kejadian rompakan itu berlaku.
2. Ayah Mei Fun tidak ke pejabat hari ini kerana demam.
3. Bungkusan itu bukan untuk tunangnya.
4. Khalid bukan di Sarawak sekarang.
· Dalam penulisan, kata nafi bukan boleh digunakan untuk frasa-frasa yang lain daripada frasa nama dengan syarat maksudnya adalah untuk menekankan pertentangan secara lebih jelas.
Contoh:
1. Salman bukan bergaduh dengan Salim tetapi bergurau sahaja.
2. Guni padi itu berjahit bukan dengan benang tetapi dengan tali rafia.
· Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata nafi seperti yang berikut:-
1. Kesalahan menggunakan kata nafi tak atau tidak untuk membentuk ayat nafi atau ayat
negatif daripada ayat positif apabila frasa nama menjadi predikatnya.
Contoh:
a) Cik Jamaliah tidak jururawat. (X)
b) Cik Jamaliah bukan jururawat. (√)
2. Kesalahan menggunakan kata nafi bukan untuk membentuk ayat nafi atau ayat negatif
daripada ayat positif apabila frasa kerja menjadi predikatnya.
Contoh:
a) Mahyun bukan belajar dengan tekun. (X)
b) Mahyun tidak belajar dengan tekun. (√)
KATA PEMERI
Kata pemeri ialah kata yang berfungsi sebagai penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam ayat. Kata pemeri ini berfungsi sebagai penegas predikat sesuatu ayat. Oleh itu, kata pemeri ini dikenali sebagai kata penegas juga. Dalam bahasa Melayu baku, kata pemerinya adalah seperti yang berikut:-
ada, ialah adalah
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Pemeri | Penerangan | Ayat Contoh |
ada | Digunakan untuk menegaskan kesungguhan pada makna frasa kerja atau perbualan | 1 “Beberapa hari lepas Fuad ada menghubungi saya,” kata Jumat. 2 “Fandi ada mengutus surat kepada saya sebanyak dua kali sejak dia berpindah ke Kedah,” kata Johnny. |
ialah | Digunakan untuk menegaskan kesungguhan pada makna frasa nama dan frasa sendi | 1 Rumah banglo mewah ini ialah rumah Datuk Hamzah. 2 Bungkusan hadiah itu ialah daripada kenalan barunya itu. |
adalah | Digunakan untuk menegaskan kesungguhan pada makna frasa nama dan frasa sendi | 1 Eda adalah anak emas kepada pasangan Datin Lily dan Dato’ Munir. 2 Tujuan malam amal itu diadakan adalah untuk mengutip derma bagi mengisi tabung bantuan pesakit jantung berlubang. |
· Untuk menegaskan kesungguhan pada makna frasa adjektif, hanya kata pemeri adalah saja yang paling sesuai digunakan.
Contoh:
1. Penerangan yang diberi oleh penceramah pada malam itu adalah jelas sekali.
2. Kiraan yang dibuat oleh juruwang itu adalah tepat sekali.
· Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan seperti yang berikut:-
1. Kesalahan menggunakan kata pemeri ialah untuk menegaskan kesungguhan pada makna
frasa adjektif dalam ayat.
Contoh:
1. a) Kebanyakan huruf pada helaian buku itu ialah kabur. (X)
b) Kebanyakan huruf pada helaian buku itu adalah kabur. (√)
2. Kesalahan menggunakan kata pemeri adalah untuk menegaskan kesungguhan pada
makna frasa kerja dalam ayat.
Contoh:
1. a) Adalah diumumkan bahawa pemenang bagi pertandingan pidato pada tahun ini ialah
Saudara Shahrir Arman. (X)
b) Dengan ini diumumkan bahawa pemenang bagi pertandingan pidato pada tahun ini
ialah Saudara Shahrir Arman. (√)
KATA PENEGAS
Kata penegas/partikel ialah kata yang berfungsi sebagai penegas atau untuk menguatkan maksud sesuatu pernyataan dalam ayat. Dalam bahasa Melayu baku, kata penegas adalah seperti yang berikut:
kah lah tah pun
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Penegas | Fungsinya | Contoh Penggunaan dalam Ayat |
kah | 1. Menguatkan maksud pertanyaan/soalan. | 1. Berapakah usia kamu sekarang, Devi? 2. Adakah dia masih belajar di kolej itu? |
lah | 1. Menguatkan maksud sesuatu pernyataan bagi ayat penyata. 2. Melembutkan nada suara apabila meminta seseorang melaksanakan sesuatu. | 1. “Janganlah diganggu dia lagi,” kata Pak Man kepada Ramlah. 2. Kata Jalil, “Kalaulah saya tidak malas belajar dahulu, pasti sekarang nasib saya tidak jadi begini.” |
tah | 1. Menguatkan maksud ayat seru. 2. Menguatkan maksud ayat tanya/soal. | 1. Manatah kawan-kawan kamu yang lain. 2. “Bilatah nasibku ini akan berubah,” keluh Rita. |
pun | 1. Menguatkan/menegaskan maksud sesuatu pernyataan dalam ayat penyata. | 1. Walau di mana-mana pun kita berada, kita mestilah pandai menyesuaikan diri. 2. Sungguhpun badannya kecil, namun semangatnya tinggi. |
· Dalam binaan atau penulisan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata penegas seperti di bawah ini:
1. Kesalahan menulis rapat kata penegas yang membawa makna juga dengan kata yang
mendahuluinya.
Contoh:
1.a) “Siapa-siapapun yang akan dilantik menjadi ketua darjah, saya sedia memberikan
kerjasama,” kata Yusof. (X)
b) “Siapa-siapa pun yang akan dilantik menjadi ketua darjah, saya sedia memberikan
kerjasama,” kata Yusof. (√)
o Dalam bahasa Melayu baku, kata penegas hanya ditulis serangkai dengan perkataan-perkataan yang berikut:
adapun andaipun ataupun bagaimanapun biarpun
kalaupun kendatipun lagipun mahupun meskipun
2. Kesalahan tidak meletakkan partiikel/kata penegas kah kepada kata tanya yang
diletakkan di awal ayat tanya.
Contoh:
1.a) Siapa pemuda yang berbadan sasa itu? (X)
b) Siapakah pemuda yang berbadan sasa itu? (√)
2.a) Di mana kamu tinggal? (X)
b) Di manakah kamu tinggal? (√)
3. Kesalahan meletakkan partikel atau kata penegas kah di hujung ayat tanya tanpa kata tanya.
Contoh:
1.a) Ayahnya sakitkah? (X)
b) Ayahnya sakit? (√)
2.a) Hidungnya berdarahkah? (X)
b) Hidungnya berdarah? (√)
4. Kesalahan meletakkan partikel atau kata penegas kah di hujung ayat tanya dengan kata tanya
yang diletakkan di hujung ayat.
Contoh:
1.a) Nama kamu siapakah? (X)
b) Nama kamu siapa? (√)
KATA PENGUAT
Kata penguat ialah kata yang digunakan untuk menguatkan maksud sesuatu kata adjektif. Kata penguat ini boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif dalam ayat.
Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:-
1. Kata penguat hadapan
2. Kata penguat belakang
3. Kata penguat bebas
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Jenis | Penggunaan dan Contoh | Ayat Contoh |
Kata penguat hadapan | Digunakan di hadapan kata adjektif dalam ayat. Contoh: agak, paling dan terlalu | 1. Fikirannya agak buntu apabila memikirkan masalah yang dihadapinya itu. 2. Rumah banglo itu terlalu besar baginya. |
Kata penguat belakang | Digunakan di belakang kata adjektif dalam ayat. Contoh: benar, betul, nian dan sekali | 1. Petah nian pelajar itu berpidato. 2. Sukar sekali baginya untuk memahami pelajaran yang diajar oleh gurunya itu. |
Kata penguat bebas | Boleh diletakkan di hadapan atau di belakang kata adjektif dalam ayat. Contoh: amat, sangat dan sungguh | 1.a) Karangan yang ditulis oleh pelajar itu sangat panjang. b) Karangan yang ditulis oleh pelajar itu panjang sangat. 2.a) Potongan badan peragawati itu sungguh menarik. b) Potongan badan peragawati itu manarik sungguh. |
· Dalam penulisan atau binaan ayat, kata penguat hadapan atau kata penguat belakang, kedudukannya tidak boleh diubah.
Contoh:
1.a) Bunyi letupan meriam itu benar kuat. (X)
b) Bunyi letupan meriam itu kuat benar. (√)
2.a) Baju yang dipakai oleh adik Salim itu besar terlalu. (X)
b) Baju yang dipakai oleh adik Salim itu terlalu besar. (√)
· Dalam penulisan atau binaan ayat, kata adjektif hanya boleh menerima satu kata penguat sahaja.
Contoh:
a) Jalan raya itu terlalu licin sekali terutama selepas hari hujan. (X)
b) Jalan raya itu terlalu licin terutama selepas hari hujan. (√)
c) Jalan raya itu licin sekali terutama selepas hari hujan. (√)
· Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata penguat seperti yang berikut:-
1. Kesalahan menggunakan kata penguat kepada kata adjektif yang telah sedia berimbuhan ter.
Contoh:
a) Aliah mendapat markah penulisan yang tertinggi sekali di dalam kelasnya. (X)
b) Aliah mendapat markah penulisan yang tertinggi di dalam kelasnya. (√)
2. Kesalahan menggunakan dua kata penguat sekali gus bagi kata adjektif dalam ayat.
Contoh:
a) Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang agak menggalakkan betul daripada orang
ramai. (X)
b) Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada orang
ramai. (√)
c) Pameran lukisan itu mendapat sambutan yang menggalakkan betul daripada orang
ramai. (√)
KATA PERINTAH
Kata perintah ialah kata yang digunakan untuk memberikan sesuatu perintah, larangan, silaan, permintaan, dan sebagainya.
Contoh kata perintah dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:-
harap, jangan, jemput, minta, sila, tolong dan usah
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Perintah | Penerangan | Ayat Contoh |
Harap | Untuk menyatakan maksud keinginan untuk mendapatkan sesuatu atau meminta dilakukan sesuatu. | 1. Harap tinggalkan tempat ini dengan segera. 2. Harap dia masih mengingati saya. |
Jangan | Untuk menyatakan maksud larangan atau tidak boleh melakukan sesuatu atau melarang seseorang daripada melakukan sesuatu. | 1. Jangan berganjak dari sini. 2. Jangan berdiri melepasi kawasan yang telah ditandakan itu. |
Jemput | Untuk menyatakan maksud mengajak atau mengundang. | 1. Jemput ke rumah saya petang nanti. 2. Jemputlah sedikit makanan itu dan janganlah segan. |
Minta | Untuk menyatakan maksud ingin akan sesuatu. | 1. Minta orang ramai tunggu sebentar. 2. Minta beredar mengikut barisan. |
Sila | Untuk meminta seseorang melakukan sesuatu dengan cara hormat/beradab. | 1. Sila letakkan kad pengenalan diri di sini. 2. Sila duduk sebentar, encik akan dilayan sebentar lagi. |
Tolong | Untuk menyatakan maksud meminta pertolongan atau bantuan atau minta melakukan sesuatu untuknya. | 1. Tolong jangan ganggu saya lagi. 2. Tolong alihkan buku ini ke sana. |
Usah | Untuk menyatakan maksud larangan/tegahan daripada melakukan sesuatu. | 1. Usah derhaka kepada ibu bapa. 2. Usah biarkan adik kamu itu bermain hujan. |
Contoh:
1.a) “Tolong jangan petik bunga-bunga di taman larangan ini” kata petugas itu kepada
orang ramai yang berkunjung ke taman itu. (X)
b) “Jangan petik bunga-bunga di taman larangan ini” kata petugas itu kepada
orang ramai yang berkunjung ke taman itu. (√)
2.a) “Harap jangan kamu sakiti hati ibu kamu,” pesan ayah kepada kakak Munira. (X)
b) “Jangan kamu sakiti hati ibu kamu,” pesan ayah kepada kakak Munira. (√)
KATA SANDANG
Kata sandang ialah kata yang berfungsi untuk menentukan makna/maksud dalam ayat. Kata sandang tidak mempunyai sebarang makna/maksud serta tidak dapat berdiri dengan sendiri.
Contoh:
nya sang si yang
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Sandang | Penggunaannya | Ayat Contoh |
nya | Digunakan untuk: a) Membentuk frasa nama daripada frasa adjektif. b) Membentuk frasa nama daripada frasa kerja. c) Menegaskan frasa nama. | 1 Cantiknya pemandangan di tempat peranginan itu sukar untuk digambarkan. 2 Tingginya bangunan itu kira-kira 60 meter. 3 Tajamnya mata pedang umpama sembilu. |
sang | Digunakan untuk: a) Memberikan gelaran kepada orang, benda dan binatang. b) Memberikan sifat manusia pada binatang dan benda. | 1 Sang Harimau itu sukar untuk dijinakkan. 2 Sang Suria muncul lagi. 3 Sang Kancil mengajak Sang Arnab berlumba lari dengannya. |
si | Digunakan untuk: a) Memberikan gelaran seolah-olah manusia kepada haiwan. b) Membentuk frasa nama daripada frasa adjektif. c) Menerangkan tugas seseorang. d) Menerangkan sifat seseorang. | 1 Si Buta itu teraba-raba mencari tongkatnya. 2 Si pengail itu memperoleh ikan yang banyak. 3 Si Botak itu dipercayai menjadi ketua perompak yang dicari oleh pihak polis. |
yang | Digunakan untuk: a) Membentuk frasa nama. b) Menunjukkan perbezaan makna. | 1 Rumah yang terletak di pinggir jalan itu tidak berpenghuni. 2 Halaman rumahnya yang luas itu sesuai dijadikan padang bola. 3 Adiknya yang bongsu itu telah selamat melahirkan seorang cahaya mata. |
· Walaupun kata sandang tidak mempunyai erti dan tidak dapat berdiri dengan sendiri, namun demikian kata sandang mempunyai tugas penting iaitu, untuk menentukan makna dalam ayat.
KATA SERU
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut dan sebagainya.
Contohnya:
aduh, aduhai, ah, amboi, cis/cih, eh, hai, nah, wah, wahai
Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru.
Perhatikan penerangan di bawah ini.
Kata Seru | Penerangan | Ayat Contoh |
Aduh | Digunakan untuk a) Menyatakan perasaan sakit b) Menyatakan perasaan kagum/hairan | 1 Aduh, hebat sekali cara dia meniup serulingnya! 2 Aduh, bingitnya telinga aku mendengar bunyi muzik itu! |
Aduhai | Digunakan untuk menyatakan perasaan sedih/dukacita | 1 Aduhai, malang sekali nasib Si miskin itu! 2 Aduhai, alangkah belasnya aku melihat dia! |
Ah | Digunakan untuk menyatakan perasaan penolakan/tidak bersetuju/ membantah | 1 Ah, aku enggan berbincang dengannya! 2 Ah, engkau pun sama dengan dia! |
Amboi | Digunakan untuk menyatakan perasaan kagum/hairan | 1 Amboi, enaknya rasa buah mangga ini! 2 Amboi, kacaknya pemuda itu! |
Cis/cih | Digunakan untuk a) Menyatakan perasaan marah b) Menyatakan perasaan mengejek/ menyindir | 1 Cis, memang dasar perempuan pisau cukur! 2 Cih, hidung tak mancung, pipi tersorong- sorong! |
Eh | Digunakan untuk menyatakan perasaan hairan/terkejut | 1 Eh, Leman pun berbaju kemeja T! 2 Eh, kamu pun ada di sini Manaf! |
Hai | Digunakan untuk a) Menyatakan perasaan hendak menegur atau menyapa seseorang b) Cuba menarik perhatian | 1 Hai, cuba kamu perhatikan wanita di hujung sana tu! 2 “Hai, saya pekerja baru di sini!” kata Talib memperkenalkan dirinya kepada Manan. |
Nah | Digunakan untuk menarik perhatian dan pelbagai maksud lain | 1 Nah, inilah masa yang paling sesuai untuk ziarah-menziarahi! 2 Nah, terimalah bayaran wang yang kupinjam tadi! |
Wah | Digunakan untuk menyatakan perasaan kagum/takjub | 1 Wah, bergaya sungguh kauhari ini, Dollah! 2 Wah, lazat sungguh hidangan itu tadi! |
Wahai | Digunakan untuk a) Menyatakan perasaan dukacita b) Mendapatkan perhatian | 1 Wahai rakan-rakanku, janganlah membuang masamu dengan sia-sia! 2 Wahai anak-anakku, janganlah sesekali kamu lupa akan tanggungjawabmu! |
· Semua ayat seru, tanda serunya mestilah diletakkan di hujung ayat dan bukannya selepas kata seru.
Semua ayat seru ditandai dengan tanda seru ( ! )
· Dalam binaan ayat atau penulisan, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata seru seperti yang berikut:
1. Kesalahan menggunakan kata seru yang salah atau yang tidak menggambarkan perasaan
yang dinyatakan.
Contoh:
1. a) Aduhai, cantiknya pemandangan di sini! (X)
b) Wah, cantiknya pemandangan di sini! (√)
2. a) Cis, malang sekali nasib Si buta itu! (X)
b) Aduhai, malang sekali nasib Si buta itu! (√)
2. Kesalahan meletakkan tanda seru selepas kata seru dalam ayat.
Contoh:
1. a) Aduh! sakitnya telingaku ini. (X)
b) Aduh, sakitnya telingaku ini! (√)
2. a) Eh! cikgu kita pun ada di sini. (X)
b) Eh, cikgu kita pun ada di sini! (√)