BAHASA MELAYU

KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU - BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

Isnin, 24 Oktober 2011

MARTABATKAN BAHASA MELAYU

Salam buat semua khasnya kepada pelajar PPG/PJJ UPSI . Menurut Kamus Dewan,pengertian bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang di pakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia [antara seorang individu kepada individu yang lain]. Dalam kata lain, bahasa merupakan alat perantaraan yang penting dalam komunikasi antara manusia.

kita memerlukan bahasa untuk menyatukan antara satu kelompok dengan kelompok yang lain agar ia menjadi satu lambang perpaduan antara kaum.Kita juga memerlukan satu bahasa bagi pemudah bicara dalam sistem pentadbiran, bermula dari satu organisasi kecil seperti di rumah hinggalah ke sebuah negara besar.Selain itu Bahasa juga di gunakan dalam persuratan seperti bidang penulisan dan karya sastera.Bahasa merupakan alat komunikasi yang mudah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan secara terus.Tidak ketinggalan dalam sektor ekonomi, bahasa di gunakan sebagai alat rasmi menyampaikan maklumat dan data-data.Justeru peranan bahasa amat besar kepada kita.

Setiap kelompok di dunia ini mempunyai sistem bahasanya sendiri dan bahasa ibunda menjadi tonggak budaya dalam sesebuah negara. Tanpa bahasa kita tidak akan menjadi sebuah negara yang bertamadun. Maka kita perlulah mengguna pakai dan menyintai bahasa kita sendiri demi menjaga maruah bangsa.

Sejajar dengan itu, sahabat-sahabatku sekalian haruslah sentiasa menyemai semangat cintakan bahasa kita dengan pelbagai cara. Bertuturlah dengan menggunakan bahasa yang betul tanpa mencampur- adukkannya dengan bahasa lain. Dalam pertuturan seharian elakkan dari menggunakan perkataan yang tidak sihat atau bahasa pasar. Perbanyakkan membaca, pelbagai sumber bahan bacaan yang lebih bermanfaat. Sertailah aktiviti untuk memartabatkan Bahasa Melayu yang di anjurkan di sekolah . Menyintai bahasa bermakna kita harus menghormati kedaulatannya. Pupuklah dari sekarang, kerana jika kita tidak memeliharanya, nescaya ia akan pupus di telan zaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

radio